Cadangan dan aduan

 

15/11/2020 09:06:15Pengesahan nama yang dijemput solat jumaat tu macam mana?Diterima: 3/8/2020
Di jawab dalam WA Salam. Mesej WhatApps akan dihantar kepada jemaah yang terpilih. (3/8)
15/11/2020 09:22:59Salam Di cdgkn, utk Solat Jumaat pd mggu hdpn, mrka yg beratur d luar gate d benarkn masuk lbh awal, dlm kul 12.45, atau dlm 1/2 jam sblm masuk waktu solat. Tujuan nya utk mberi lbh ruang & lbh sng petugas utk mjlnkn tugas mrka. Tadi, pehak Masjid ada beritau ( sblm azan Zohor/ Jumaat) , mulai mggu hdpn , blgn/ jlh jemaah d jgka akan btambah ramai sebab, Warga Asing & anak2 berumor 13-14 thn yg dah baligh akan turut d benarkn utk bsolat Jumaat. Maka, masa 1/2 jam tu menasabah & sesuai utk mengurus & memantau para jemaah akan patuh & ikuti peraturan bsolat d Masjid & SOP yg tlh d tetapkn oleh pehak Kerajaan & JAISDiterima: 3/9/2020
Masa akan dipinda mengikut waktu solat zohor. Sekira-kira 20 minit sebelum azan.(4/9)
15/11/2020 09:49:23Dari rakaman CCTV mendapati mmg individu tersebut memakai gelang dan selepas solat bergegas klr dari MBSP. Ekoran daripada itu pihak MBSP telah memanggil sykt pembersihan membuat sanitasi. 👆saya dapat spt diatas, Please be transparent. Diterima: 4/10/2020
Di jawab dalam SALAM. Subuh tadi (5/10) saya telah maklumkan kepada jemaah tindakan sanitasi telah dibuat meliputi keseluruhan dewan solat dan tempat wudhuk. Daripada rakaman cctv, individu berkenaan, memakai pelitup muka dan membawa sejadah sendiri masuk ke dewan solat selepas imbas suhu. Dia tidak menulis nama atau guna mysejahtera. Sebaik selesai imam memberi salam, dia keluar masjid.(5/10)
15/11/2020 10:11:08Saya terlihat ada projek memasang cable dan tiang lampu. Ini pandangan saya dan pendapat saya. Isnya tidak mengikut spec kerja 2 pemasangan.. Tidak mengikut spec JKR.Diterima: 8/11/2020
Telah diaadakan perbincangan dengan pihak Pejabat Daerah. Projek baru bermula dan belum ada pemasangan kekal dibuat. (11/11)
04/12/2020 04:18:40TERDAPAT KESILAPAN EJAAN NAMA BAPA (BIL 2,460)Diselesaikan oleh biro
15/02/2021 01:17:18Assalamualaikum Tuan Nazir dan pegawai-pegawai Masjid Bandar Seri Putra yang saya hormati. Aduan saya ialah pada 14 Februari 2021 saya telah dihalang memasuki masjid oleh seorang kakitangan masjid yang menjaga di pintu pagar utama. Ketika itu azan Isya baru selesai berkumandang. Saya seorang pemandu Grab dan difahamkan JAIS telah mengarahkan masjid / surau di Selangor untuk membenarkan musafir / pemandu teksi / e-hailing Grab / penghantar makanan dan sebagainya untuk mengerjakan solat di ruang khas yang disediakan oleh pihak masjid. Malahan sebelum itu saya pernah beberapa kali menunaikan solat di ruangan khas musafir di bahagian kanan masjid ini tanpa halangan dan mematuhi SOP dalam tempoh PKP ini. Kakitangan tersebut (dialek seperti orang Sabah) menyatakan bahawa belum ada arahan yang membenarkan orang lain untuk solat kecuali hanya pegawai / AJK masjid sahaja. Ini bercanggah dengan arahan D.Y.M.M Sultan Selangor serta JAIS yang menyarankan ruang khas solat untuk mereka yang bermusafir / pemandu teksi / e-hailing Grab / penghantar makanan dan sebagainya disediakan dan dibenarkan solat dengan mematuhi SOP. Saya mohon penjelasan agar maklumat yang tepat sampai kepada semua kakitangan masjid khususnya yang bertugas mengawal pintu masuk masjid. Saya kepilkan bersama surat JAIS bertarikh 12 Januari 2021 dan para 4.5 surat tersebut adalah berkaitan dengan isu ini sebagai rujukan pihak tuan.Telah diambil tindakan. Kekeliruan telah dijelaskan kepada pengawal keselamatan
07/03/2021 00:24:59Sungguh sayang seribu kali sayang....wang zakat melayang layang. Kerja yang diamanahkan hanyalah wayang, mengapakah laman web masjid tidak dikemaskinikan ? Laman web masjid tidak dikemaskini. Fungsi radio button tidak berfungsi/carian tidak boleh dilakukan. Nama -nama pegawai masjid tidak disenaraikan, bagaimanakah caranya untuk berhubungan dalam keadaan kecemasan? Gambar-gambar lama masih menjadi penghias utama. Dalam masa pandemik ini, laman web sangat penting sebagai pemberi maklumat kepada ahli ahli kariah. Bermuhasabahlah, tunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan rasa penuh takut kepada Allah swt.Laman web boleh dilayari dan fokus buat masa ini adalah untuk tempahan solat ahli kariah
29/03/2021 09:12:22Solat Jumaat & Tarawih Sempena PKPB. Mohon panjangkan pada JAIS untuk beri kebenaran solat Jumaat & Tarawih berjadual (2 sesi) bagi memberi peluang lebih ramai Jamaah semasa PKPB. Sesi pertama boleh dibuat ringkas dengan anggaran 1 jam, dan sesi kedua jam berikutnya. Jazakallah.Pihak JAIS telah memberi taklimat dengan penekanan mengurangkan perkumpulan orang ramai
15/04/2021 11:11:53SAYA TELAH MEMBUAT BAYARAN PENDAFTARAN KHAIRAT KEMATIAN PADA 2020. TAPI BILA SAYA SEMAK.. NAMA SAYA TIADA DLM SENARAI. SAYA RISAUKAN NANTI SAYA MATI.. TAKDE TEMPAT NAK TANAM. MOHD ZUNAIDI ABU HASSAN NO 82A JALAN IMPIAN PUTRA 4/4Nama tuan telah diserahkan kepada biro untuk tindakan
12/05/2021 08:19:50Assalamu'alaikum. Tuan Nazir, Timbalan Nazir, Iman dan Bilal. Saya ingin mencadangkan agar waktu di antara azan dan iqamah bagi solat Zohor dipanjangkan sedikit, dari 10 minit menjadi 15 minit. Tujuan cadangan ini adalah untuk memberi ruang bagi jemaah untuk mengerjakan solat sunat Qabliyah Zohor sebanyak 4 rakaat dan tidak melakukannya dalam keadaan yang tergesa-gesa (yang mungkin boleh mengurangkan kekhusyukan kerana mengejar untuk nak menghabiskan segera). Di samping itu, dengan penambahan 5 minit ini, jemaah yang melakukan solat sunat Qabliyah 4 rakaat juga dapat memanfaatkan baki masa untuk memperbanyakkan doa, kerana waktu di antara azan dan iqamah ini adalah waktu yang mustajab untuk berdoa. Wallahua'lam.. sekian sahaja cadangan dari saya. Semoga ianya dapat dipertimbangkan untuk kebaikan jemaah Bandar Seri Putra. Assalamu'alaikum.Wa alaikum salam. Praktik yang ada sekarang memadai untuk jemaah mendirikan 4 rakaat solat sunat. Jemaah haruslah hadir lebih awal untuk pastikan ruang masa mencukupi
17/05/2021 19:18:50YBhg Dr, Sementara bilangan jamaah jumaat tidak ramai, bolehlah dimesyuaratkan tentang aturan lalulintas setiap jumaat supaya lebih lancar dan tidak jem. Cadangan saya, jalan di hadapan pagar masjid harus sehala sahaja supaya flownya lebih lancar. Pada amatan saya, ibu yg mahu menghantar anaknya ke sekolah agama akan menyumbang kpd kesesakan. Sekiranya YBhg Dr dan pasukan ajk masjid meluangkan sedikit masa utk berbincang masalah ini, Jumaat akan rasa lebih selesa. Kerana, orang spt saya masih perlu pergi bekerja selepas Jumaat. Sekian, terima kasih.Pihak masjid menggunakan khidmat RELA untuk membantu melancarkan aliran lalu lintas
02/08/2021 11:24:58Saya telah sekian lama tidak solat jumaat disebabkan PKP demi mematuhi SOP. Saya mendapat maklum sekarang sudah di bolehkan untuk bersolat jumaat. Namun saya cuba memohon melalui on Line tetapi telah di tutup. Mohon beri saya peluang untuk menunaikan solat jumaat, tersa amat berdosa sangat kerana terlalu lama tinggalkan solat jumaat. Terima kasihSistem dibuka pada masa tertentu, dan seboleh mungkin giliran Jumaat samapi kepada setiap ahli kariah. Namun kekangan bilangan yang dibenarkan menyebabkan giliran ahli kariah terlalu lama
03/09/2021 13:49:07Saya nak register Sembahyang jumaat .kata ikut queue. Bolih register sekarang.ashik tutup sementara je account bsp ni. TkasihSistem akan tutup apabila mencapai had bilangan yang dibernarkan. MBSP cuba sedaya mungkin untuk memberi giliran kepada ahli kariah
23/09/2021 09:53:43Assalamualaikum... Masjid BSP tidak ceria terutama selepas isya sampai subuh. Saya cadangkan pasang lampu yg menarik di 2 menara dan on sehinnga pagi. Contohilah masjid2 lain terutama masjid utama Bandar Baru Bangi. Menaranya cerah lampu hijau dgn kalimat Allah terpampang indah di menara. Sekiatar pagar masjid huasilah pokok2 yg rendang dan redup spt pokok kelapa, pokok rhu dsbnya. Jadilah cadangan saya ini suatu yg baik dan bertindaklah segera! Buat masa ini masjid mengambil pendekatan berjimat setelah lama PKP
19/11/2021 12:47:03Assalamualaikum w.b.t. Semoga Allah memberi keberkatan kepada seluruh ahli jawatankuasa masjid dan moga Allah hapuskan semua dosa2 kita yang kita telah lakukan. Saya Faizal menetap di Bangi Avenue Residensi Adelia, saya pada hari ini telah hadir ke masjid BSP untuk menunaikan solat Jumaat. Saya ingin memberikan 1 cadangan sahaja. 1) Mengadakan kuliah ringkas sebelum masuknya azan waktu Zohor Pendapat ini saya cadangkan setelah saya merasakan suasana masjid BSP terlalu sepi dari pukul 12 sehingga 12.40pm sebentar tadi. Saya merasakan ada lebih elok dari pukul 12 sehingga 12.30, masjid mengadakan kuliah ringkas selama setengah jam, jadi sedikit sebanyak akan memberi input kepada jemaah yang hadir sementara menunggu azan Zohor. Saya harap pihak ahli masjid BSP dapat mengambil kira oendapat ini. Saya insan kerdil, Faizalwa alaikum salam. MBSP mengadakan tazkirah sebelum Jumaat secara tidak berkala.
21/11/2021 12:36:29MOHON PERTIMBANGAN SUPAYA MEMBUKA KIOSK BANK ISLAM DI DALAM KAWASAN MASJID BAGI MEMUDAHKAN URUSAN PERBANKAN ORANG ISLAM DI BSP. KIOSK UNTUK ATM DAN CDM ADALAH MEMADAI. JANGAN JADIKAN ISU KESELAMATAN SEBAGAI ALASAN UNTUK TIDAK MENYEDIAKAN KEMUDAHAN INI.Terima kasih atas cadangan. Pihak masjid akan berusaha menghubungi BIMB untuk tujuan tersebut
17/02/2022 10:48:32CADANGAN UNTUK MEMBEKAL KURMA SEMPENA BULAN RAMADHAN 1443HBuat masa ini MBSP menyediakan iftar di bulan Ramadan
02/12/2022 10:59:48Saya ingin bertanya tentang khairat kematian. Semakan saya di laman web Masjid BSP mendapati nama suami saya ada tertera. Tetapi nama ahli keluarga lain tiada dinyatakan. Adakah hanya nama ketua keluarga sahaja yang diperlukan untuk mendaftar sebagai ahli khairat kematian? Dan adakah perlu untuk membayar yuran keahlian setiap tahun atau cukup sekali seumur hidup? Ya, hanya nama ketua keluarga atau wakil rumah sahaja yang dipaparkan. Buat masa ini bayaran hanya sekali sahaja
03/12/2022 20:17:02Jika pihak tuan perlukan servis selenggaraan laman web masjid boleh hubungi sayaterima kasih
09/12/2022 14:17:08adakah program berkhatan esok masih boleh mengambil bahagianPihak masjid akan hubungi puan jika ada kekosongan
26/12/2022 23:46:53Assalamualaikum, saya pelajar di Fakulti Pergigian, UKM dan sedang mencari peserta penyelidikan di kalangan pengguna kayu sugi (bersiwak). Sehubungan itu saya memohon kerjasama tuan untuk membantu menghebahkan pencarian peserta bagi penyelidikan ini dalam kalangan kariah masjid. Bersama ini, disertakan poster pencarian peserta kajian untuk diwar-warkan. Kerjasama tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih Terima kasih di atas jemputan. Oleh kerana sesi AJK hanya tinggal kurang 5 hari sahaja, kami serahkan kepada AJK akan datang
01/01/2023Permulaan Tahun 2023
15/07/2023 16:53:50Saya seorang ibu/isteri yg bekerja. Namun, setiap Kali saya berada Di rumah Dari waktu asar sampai subuh, saya tidak mendengar azan dilaungkan di masjid. Kenapa azan tidak kedengaran sedangkan jarak Dari rumah saya ke masjid tak sampai setengah km pun. Sepatutnya azan kena kuat at least sampai ke kawasan rumah saya yg berdekatan dgn masjid. Lagipun azan dilaungkan bukan lama sangatpun, hanya 5 minit. Kenapa nak layan sangat mereka yg buat aduan supaya azan diperlahankan? Saya tidak puas hati jika azan masjid Di perlahankan. Tujuan azan adalah utk panggil orang mengerjakan solat. Kalau dah perlahan sampai saya yg duduk berdekatanpun tak dengar, APA tujuan masjid dibina? Terima kasih atas aduan. Tiada aduan untuk memperlahankan suara ketika azan. Mungkin arah speaker tidak menghala ke rumah puan.
Masjid telah menambah speaker. Diharap dapat didengari di rumah puan
04/08/2023 11:24:00Ingin mencadangkan kepada Biro Hal Ehwal Belia dan Riadah mengadakan kejohanan Ping Pong bagi Kariah BSP. Mungkin bole diadakan pada hari mingguTerima kasih di atas cadangan.
29/12/2023 23:28:09Tandas perempuan - 1.cadangan untuk ada halangan seperti kayu atau apa apa di pintu tempat amik wuduk perempuan. Hal ini kerana apabila pintu terbuka risiko amat tinggi terhadap kaum wanita untuk kaum lelaki ternampak aurat di bahagian luar kesan daripada pintu wanita yang tidak mempunyai halangan 2.Aduan pada tarikh 29/12/2023 ketika isteri dan anak saya masuk ke tandas wanita isteri saya melihat terdapat dua orang lelaki yang masuk di dalam tandas perempuan. Kejadian tersebut ditegur oleh tukang cuci dengan soalan "kenapa masuk?"maka, perkara ini perlu diambil tindakan kerana isu aurat dan keselamatan. 3.Mesin jualan air adalah satu perkara yang baik cuma mohon ambil tindakan agar bekalan air tidak terputus Akhir sekali, Ucapan Tahniah buat seluruh organisasi masjid Bandar Seri Putra kerana masjid ini adalah antara masjid yang agak maju ke hadapan. Sekian, Terima KasihTerima kasih atas makluman
1. Panel Penghadang telah diletakkan di dalam ruang berkenaan.
2. Pihak masjid memandang serius hal ini dan tindakan meningkatkan aspek keselamatan telah dilakukan.
3. Pihak pemilik mesin telah dimaklumkan untuk mempastikan mesin sentiasa tersedia.
10/01/2024 10:41:55PERMOHONAN DANA BAGI PROGRAM GISO 2024Dalam pertimbangan
15/01/2024 00:40:48Assalamualaikum. Saya Zairi dari SettlePayz menawarkan Biro Khairat Kematian menggunakan sistem kami bagi pengurusan pendaftaran ahli khairat Masjid tuan. Penduduk hanya perlu log in dan bayar melalui FPX. Mereka automatik akan mendapat resit dalam emel. Tiada yuran langganan dikenakan untuk pihak masjid. Jemput layari SettlePayz.com Sila hubungi saya pada bila-bila masa sekiranya terdapat sebarang pertanyaan. Sekian, Wassalam.Terima kasih atas tawaran. Buat masa ini, masjid menggunakan sistem sendiri
18/02/2024 12:15:59Terdapat cadangan/aduan untuk tindakan :
Biro Keceriaan dan Penyelenggaraan
22/02/2024 11:53:48Terdapat cadangan/aduan untuk tindakan :
Setiausaha, Biro Khairat Kematian dan Tanah Perkuburan
20/03/2024 21:48:04Terdapat cadangan/aduan untuk tindakan :
Biro Dakwah dan Pendidikan, Biro Keceriaan dan Penyelenggaraan, Biro Pembangunan dan Keselamatan, Biro Nahi Mungkar, Biro Hal Ehwal Belia dan Riadah
22/03/2024 08:19:35Terdapat cadangan/aduan untuk tindakan :
Nazir, Timbalan Nazir, Imam, Biro Dakwah dan Pendidikan
04/04/2024 22:24:51Terdapat cadangan/aduan untuk tindakan :
Setiausaha
09/04/2024 01:50:58Terdapat cadangan/aduan untuk tindakan :
Setiausaha, Biro Keceriaan dan Penyelenggaraan, Biro Pembangunan dan Keselamatan